Cara Menjimatkan elektrik paling mudah dan tanpa mengeluarkan modal Dengan Mengunakan Barangan terpakai



Cara Menjimatkan elektrik paling mudah dan tanpa mengeluarkan modal Dengan Mengunakan Barangan terpakai


Stress dengan jumlah bil elektrik mahal dan sudah banyak kali mencuba pelbagai cara tetapi tidak berkesan, duit pun banyak dilaburkan untuk dapatkan bil yang rendah.

Jom saya kongsikan pengalaman saudara ini yang tidak kedekut ilmu yang boleh kita gunakan cara menjimatkan elektrik ini di rumah kita, mudah sahaja, dapatk bekas minuman plastik yang kita biasa minum di pasar malam tu jangan buang gunakan bekas itu untuk menggunakan kaedah ini. Jangan tunggu lagi pergi la cari, lepas modal agak ciput juga campurkan garam.  

kepada yang dah tengok tolong share kepada ke sesiapa sahaja moga boleh dimanfaatkan ilmu ni...terima kasih


Adoi la video korupp pulok



klik sini pakai la data korang yer

Sila baca komen sebelum mencuba dan buat keputusan sendiri

Sangat mudah untuk mencuba cara ini walaupun sudah beberapa kali menggunakan beberapa kaedah lain dengan mengeluarkan modal yang banyak tetapi hasilnya tidak berkesan. Hanyabpermulaan sahaja keberkesananya, namun 2 bulan berikut gagal mendapatkan jumlah bil yang rendah.


LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN TENAGA ELEKTRIK


  • Laraskan suhu bilik pada 25°C .Bilik yang mempunyai suhu < 25°C dianggap terlalu sejuk. Dalam keadaan ini, ‘compressor’ bagi alat penghawa dingin akan menggunakan tenaga yang lebih banyak bagi mencapai suhu yang rendah.
  •  Padamkan lampu atau penghawa dingin apabila tidak digunakan atau keluar dari pejabat untuk jangka masa yang panjang.
  • Menguatkuasakan waktu ON dan OFF sistem elektrik di pejabat  seperti waktu rehat (1-2 petang) dan mematikan bekalan selepas waktu bekerja (5 petang)
  • Tutup tingkap dan pintu apabila menggunakan penghawa dingin. 
  • Menjalankan penyelenggaraan berkala untuk penghawa dingin dan peralatan elektrik.  Penyelenggaraan berkala dapat memastikan penghawa dingin dan peralatan elektrik berada dalam keadaan baik dan mencapai keupayaan yang maksima.  
  • Memastikan ‘setting’ monitor computer dalam keadaan ‘sleep mode’ apabila tidak digunakan untuk jangka masayang singkat dan mematikan terus jika tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.  Komputer dalam setting ‘sleep mode’ akan menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah. 
  • Menggalakkan penggunaan monitor computer jenis LCD  berbanding monitor jenis CRT. Monitor jenis CRT menggunakan lebih tenaga elektrikberbanding monitor jenis LCD.
  • Menggantikan lampu-lampu yang rosak dengan lampu  jenis jimat tenaga (energy saving) seperti lampu compact fluorescent (CFL) dan lampu LED (Light Emitting Diode). Lampu jenis compact fluorescent (CFL)/LED menggunakan tenaga elektrik yang lebih rendah. 
  • Memastikan setiap sistem dijalankan mengikut kehendak beban semasa (Chiller/Cooling Tower/Pump/AHU dan lain-lain) .  Langkah ini dapat mengelakkan penggunaan tenaga yang sia-sia.  
  • Memeriksa dan melaraskan ‘Timer’ bagi semua lampu koridor/penghawa dingin bagi setiap 3bulan. Langkah ini dapat mengelakkan lampu koridor/penghawa  dingin beroperasi di luar  jangka waktu yang dikehendaki. 
  •  Menggalakkan penggunaan peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan ‘Cekap Tenaga’ Label ‘EnergyStar’ atau ‘Cekap Tenaga’ pada perlatan elektrik membuktikan peralatan elektrik tersebut menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

  • Mewujudkan satu jawatankuasa audit khusus bagi memantau cara penggunaan elektrik disamping memberi teguran secara berterusankepada pengguna. Jawatankuasa tersebut perlu membuat  laporan bertulis terus kepada Ketua Jabatan yang berkaitan agar tindakan segera dapat diambil 
  •  Mengadakan kempen penjimatan elektrik disemua peringkat dengan menampal poster dan mengedar risalah-risalah berkaitan penjimatan elektrik 
  •  Memastikan suis dimatikan dan ‘plug’ ditanggalkan apabila peralatan elektrik digunakan.   plug perlu ditanggalkan dan bukan hanya mematikan suis sahaja kerana masih terdapat tenaga elektrik yang mengalir. 

0 comments:

Post a Comment